Monday, April 13, 2009

:::MOMENTUM PR:::

Kemenangan terbaru YAB Dato’Seri Nizar Jamaluddin P059 Bukit Gantang melengkapkan siri kegemilangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya, setelah membuat kejutan dengan menguasai 5 negeri dalam PRU-12 dan 2 pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kemenangan ini dilihat lebih manis apabila diiringi dengan kemenangan PR di Bukit Selambau melalui calon PKR YB S. Manikumar setelah bersaing sengit dengan seorang calon BN dan 13 calon Bebas yang lain.

Tahniah Pakatan Rakyat!!!

Kemenangan ini sememangnya dinanti setelah berhempas pulas membangkitkan isu2 yang sesuai dengan kehendak semasa yang mana rakyat sudah pandai menilai pemimpin man yang mewakili rakyat dan pemimpin mana yang mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi wakil rakyat. Menang dengan majoriti 2 ribu lebih PR sememangnya berhak untuk menang setelah menampilkan calon2 yang berkredibliti,berketrampilan dan berjiwa besar untuk memperjuangkan hak2 rakyat. Tidaklah seperti lawan mereka yang dicalonkan oleh parti mereka yang hanya dipilih ‘ tangkap muat’ dan mengharapkan rasuah untuk memenangi pilihanraya.

Insaflah wahai BN, cara anda sudah lapuk dan rakyat sudah muak dengan penipuan2 yang anda lakukan!!

Walaupun pada pilihanraya kali ini, UMNO masih segar dengan ‘muktamar’ mereka dengan harapan perubahan mahu dilakukan dalam UMNO dari segi ‘ pembersihan rasuah’ , ‘membawa mandat rakyat’ dengan memperlihatkan kemenangan beberapa calon baru tapi hakikatnya UMNO masih lagi ditakuk lama apatah lagi dengan rela menabalkan Najib menjadi presiden mereka walaupun sudah sdia maklum dia tidak ‘suci’ untuk memimpin sebuah parti apatah lagi sebuah negara.

‘Mengekalkan kemenangan lebih sukar dari mencipta kemenangan’..

Justeru, setiap anggota PR perlu mengorak langkah,kuatkan pegangan bersama PR dan berjuang bersama2 dengan pimpinan dalam membela isu2 yang melibatkan negara dan rakyat, supaya momentum kegemilangan ini dapat diistimrarkan bagi merampas kerajaan persekutuan dari parti pemerintah yang zalim dalam PRU-13 dalam tempoh 3 tahun lagi.

‘Hidup Pemimpin Bersama Rakyat’

-INSPIRASI MUSAFIR-

No comments:

Post a Comment