Monday, April 13, 2009

Janakan Keizzahan!!!

Majoriti kerajaan negara-negara umat Islam kini berada dalam keadaan tidak stabil akibat dari sistem pemerintahan secular yang mereka amalkan sedang majority rakyat yang membentuk ummah mahukan perubahan ke arah pemerintahan yang berlandaskan syariat islam yang syumul.

Hampir tiada sebuah negara islam pun yang tidak mengalami pergolakan baik dalam politik mahupun pergolakan ekonomi bagi membebaskan ummah dari kepompong kemiskinan akibat berlakunya ketidakadilan apabila kekayaan hasil bumi negara umat islam hanya dikuasai oleh segelintir elit pemerintah yang berkuasa sedangkan rakyat kempunan menggigit jari dibelenggu kemiskinan.

Setelah hampir 10 tahun dunia memasuki abad ke21, dunia menyaksikan umat Islam ‘tulen’ sedang berjuang sama ada melalui wahana demokrasi pilihanraya atau melalui perjuangan bersenjata bagi membebaskan ummah dari belenggu penjajahan kuasa pelindung elit pemerintah negara umat islam iaitu kuasa Amerika Syarikat(AS) dan kuasa barat. Kuasa-kuasa AS dan Barat menjadi pelindung kepada kerajaan dan rejim negara-negara umat islam ini kerana terdapat kepentingan strategic kedua-dua pihak yang saling bergantungan antara satu dengan lain.

Terdapat pelbagai sistem dan pendekatan yang diguna pakai oleh pemerintahan negara-negara umat islam ini, ada yang menggunakan sistem atau republic tetapi hakikatnya negara-negara umat islam ini tidak melaksanakan syariat islam secara syumul. Ada yang melaksanakan sebahagian dan menolak sebahagian . Ada yang yang kelihatan melaksanakan peruntukan dan peraturan syariah tetapi menindas perjuangan Islam dan bergantung harap kepada kuasa-kuasa pelindung mereka.

Keadaan seperti inilah yang berlaku di negara kita.
Harap je Islam, tapi masih lagi menjadi ‘tali barut’ idealogi orang2 kafir..

Rejim2 negara umat islam ini mengamalkan penindasan dan kezaliman dan memerintah secara dictator dengan mengongkong kebebasan bersuara, menafikan hak asasi manusia, yang akhirnya telah menyebabkan timbulnya kebangkitan umat islam terhadap pemerintahan yang tidak telus dan adil. Jika diadakan pilihanraya diselewengkan bagi memberi kemenangan kepada pemerintahan kuku besi, dictator yang zalim dan menindas. Antara contohnya pilihanraya di Mesir dengan Husni Mubarak terus menjadi presiden sudah kesekian kali.

Namun, pejuang2 islam dilihat tidak kelunturan semangat malah semakin berkobar2 mengembalikan keizzahan islam, setelah ideologi barat seolah2 sengaja mencari pasal untuk berperang dengan mereka dengan melahirkan tali barut yang menguasai negara mereka.

Ayuh, perjuangan tidak mungkin berakhir sehingga ‘ the true Islamic on the true place’..

-INSPIRASI MUSAFIR-

No comments:

Post a Comment