Friday, January 29, 2010

Royalti vs Wang Ihsan Untuk Kelantan

Saya pasti ramai penduduk yang mendapat kerakyatan Kelantan sibuk memperkatakan hal ini lebih dari masalah komplot yang berlaku pada B. Sathianathan,jurulatih bola sepak Kelantan. Kerana masalah ini berkaitan dengan hak rakyat negeri Kelantan sendiri. Bila disebut tentang hak ia perlu diletakkan pada tempatnya, sekiranya tidak Zalimlah yang sesuai dilabel bagi mereka-mereka yang tidak menepati hak tersebut. Ramai pemimpin-pemimpin Kelantan yang telah respon dengan isu ini antaranya Tuan Guru Nik Aziz yang banyak mengimami solat hajat,Dato’ Paduka Husam Musa yang telah membuat kenyataan dalam Harakah dan termasuk pemimpin UMNO sendiri Tg. Razaleigh yang memeterai perjanjian antara PETRONAS dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1974 juga turut merasa kesal dengan tindakan adik-beradik beliau yang jadi menteri.



Syarikat minyak kebanggaan Malaysia

Akhirnya kerajaan Barisan Nasional umumkan beri wang ihsan sebanyak RM20 juta.Cukup ke? Wang ihsan sangat berbeza dengan royalty. Wang ihsan Kerajaan Pusat bayar atau beri kepada Negeri mengikut kaedah kementerian sendiri. Atau dengan kata lain Jabatan Pembangunan Persekutuan akan menguruskan wang tersebut untuk rakyat negeri Kelantan. Maksudnya selepas ini bolehlah kerajaan Pusat reka satu lagi projek pembangunan di Kelantan dengan slogan “ Sebuah lagi projek Barisan Nasional” di depan tapak projek. Bukankah royalty atau hak rakyat Kelantan ini adalah satu bentuk hutang kepada mereka. Sepatutnya slogan berbunyi begini “ Satu lagi projek Melangsaikan Hutang Cara Kami, Maaf Kelantan”.

Isu seperti ini cukup mendebarkan kerajaan Pusat. Anggaran sebenar 5% tersebut bermula dari tahun 1984 adalah RM9.7 billion. Mana nak cari wang sebanyak itu? Mudah saja rasanya, Petronas sudah buka banyak cawangan di luar negara,semestinya keuntungan lebih dari jumlah itu sebab setiap tahun Petronas berjaya menaja sebuah pasukan F1 dan perbelanjaan mungkin mencecah RMx billion setahun(Mercedes GP tahun ini). Ataupun dalam diam Petronas menaja perbelanjaan setiap menteri?Allah sahaja yang tahu.


Agaknya M.Schumacher boleh menang ke guna minyak petronas?


Saya sangat hairan kenapa kerajaan Barisan Nasional sangat zalim dengan kerajaan pimpinan Pas yang seagama dengan mereka sampai sanggup menafikan hak rakyat negeri Kelantan termasuk mereka-mereka yang setia mengundi Barisan Nasional di Kelantan. Saya mendapat tahu yang royalty minyak ini diberikan kepada Sarawak dan Terengganu sebagaimana dalam perjanjian,tetapi apabila Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999, royalty ini tiba-tiba ditukar kepada wang ihsan.

Wah,pandainya Kerajaan Pusat mentadbir negara!Tapi Tg. Razaleigh kata kerajaan kurang cerdik. Sangat berlapik. Apakah perkataan mudah yang sinonim dengan kurang cerdik?
Semoga Allah ilhamkan hidayah buat semua umat Islam di negara ini untuk melaksanakan Islam secara syumul.

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk di sisi Allah ialah orang-orang kafir dan mereka itu tidaklah beriman.
(Iaitu) orang-orang yang telah engkau telah membuat perjanjian dengan setengah mereka,kemudian mereka memungkiri janji mereka pada setiap kali dan mereka tidaklah berasa takut.

Surah Al-Anfal: 55&56