Monday, April 13, 2009

Kemelut Siam..

Abhisit Vejjajiva, satu nama yang dahulunya amat saya kagumi apabila berjaya mejadi perdana menteri dengan ber ‘wajah’ muda. Perdana Menteri negara jiran tersebut masih lagi bertahan bermula dari menggantikan bekas PM Thailand yang bermasalah, Thaksin Shinawatra sehinggalah kini dengan menghadapi pelbagai jenis kontroversi antaranya wujud undi tidak percaya parlimen terhadap beliau yang akhirnya menunjukkan majority ahli parlimen masih setia bersama beliau.

Hari ini, maruah dan kredibiliti beliau seolah dicabar dengan ‘kejutan’ penunjuk perasaan penyokong Thaksin yang meliar dengan menguasai beberapa wilayah Bangkok bagi mempertahankan pemimpin mereka. Apatah lagi Abhisit yang baru sahaja hendak menjalinkan hubungan democratic dengan pemimpin ASEAN di Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya tetapi sudah dihambat dengan kebobrokan rakyat yang biadap. Malang sungguh nasib pemimpin ini.

Pergolakan ini akhirnya cuba dipatahkan dengan pengisytiharan darurat di beberapa tempat berlakunya tunjuk perasaan.Berjayakah beliau?? Sejauh mana kebijaksanaan beliau menangani masalah ini, memungkinkan sebuah keringat tenaga muda sama ada terus meningkatkan kredibiliti dan keintelektualan beliau ataupun semangat yang luntur dan terus fobia untuk memegang jawatan dalam kerajaan. Adakah selepas ini nasib beliau akan sama dengan Thaksin yang terpaksa ‘merantau’?Semuanya terletak pada individu yang terbabit dengan masalah tersebut…

-INSPIRASI MUSAFIR-

No comments:

Post a Comment