Sunday, January 1, 2012

Countdown 2012 Shah Alam Terbaik

Walaupun dalam Islam tiada istilah sambutan tahun baru, tetapi atas keadaan semasa Malaysia yang terlalu inginkan hiburan dan meinginkan kemeriahan sambutan tahun baru, kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia tampil dengan memberikan alternatif sanbutan tahun baru yang berbeza dengan sebelum-sebelum ini yang terlalu menggagungkan hiburan barat kepada hiburan yang berbentuk Islamik dan diserikan lagi dengan ceramah yang mempesonakan daripada Ustaz Azhar Idrus.

Bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, program yang menarik 80,000 orang pengunjung yang rata-rata dari golongan muda berjaya memberi kelainan dalam menjaga adat dan agama disamping memberikan kepuasan kepada pengunjung yang hadir. Kemeriahan program diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.

Antara yang memeriahkan program.

Tarikan program ini terdapat pada hadirnya Ustaz Azhar Idrus yang diminati ramai apatah lagi bila digandingkan bersama Zizan Raja Lawak. Sudah tentu ramai yang teruja dengan gandingan dua personaliti yang terkenal dengan kelakar. Sudah pasti ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam keadaan yang santai dan mesra pendengar dapat diambil iktibar dan pengajaran oleh pengunjung yang tidak berganjak sedikit pun dari tempat duduk sehinggalah Ustaz menamatkan sesi ceramah beliau dengan selingan lawak dari Ustaz dan Zizan.

Ustaz Azhar berduet Zizan memberikan kelainan.

Inilah yang diharapkan dari pihak kerajaan yang punya kuasa dan autoriti. Menganjurkan program yang bermanfaat kepada golongan-golongan muda. Bukannya menghidangkan kami golongan muda dengan jutaan program yang melalaikan dan menjerumuskan golongan muda ke lembah maksiat seperti yang terdapat di KLCC dan Dataran Merdeka. Hasilnya anak luar nikah yang lahir dari program-program sambutan tahun baru seperti itu. Bukti jelas menunjukkan Islam bukan agama yang menghalang tapi agama yang mendidik. Amalkan Islam sebaiknya secara menyeluruh seandainya kita sudah mengaku akan kewujudan Allah da Rasul-Nya.

~Bersama Mengggerakkan Kempen anti-Zina~

No comments:

Post a Comment