Monday, April 26, 2010

'IBRAH: KATA KERAMAT

Kata-kata di bawah ini boleh dijadikan sebagai peringatan buat seluruh umat Islam bahawasanya musuh umat Islam kini adalah musuh-musuh yang ganjil. Musuh-musuh yang menentang Islam sekarang ini bukan lagi terdiri dari kalangan mereka yang bernama Raffles, mereka yang bernama Snouck Hurgronje, mereka yang bernama Crommer, mereka yang bernama dengan nama-nama kafir seperti Abu Jahal atau Fir'aun.

Akan tetapi mereka yang mengambil alih tugas untuk membawa suara Jahiliyyah bagi menentang Islam adalah mereka yang sama seperti kita, yang kulitnya macam kita, yang telah dibentuk dan dilahirkan oleh kuasa-kuasa penjajahan dan kuasa yang bukan Islam dalam negara kita.

Lord Crammer ( Gabenor British di Mesir & Sudan )dalam satu pandangannya pernah menyatakan:

"Kalau kita mahu mengekalkan pengaruh dan kepentingan kita di bumi Islam, kita hendaklah beri kemerdekaan kepada bumi Islam, kita beri kemerdekaaan kepada mereka. Memang kita tidak boleh tunggu lama. Mereka mesti halau kita. Mereka mesti tentang kita. Tetapi. kita hendaklah menghadapi mereka dengan cara baru, iaitulah dengan cara kita beri kemerdekaan kepada negeri-negeri Islam dan kita serahkan kemerdekaan itu kepada mereka yang terdiri daripada anak-anak murid kita, yang terdiri daripada mereka yang menerima ideologi kita, yang menerima pandangan kita, yang menerima undang-undang kita, yang menerima dasar kita"

Oleh itu, sedarlah bahawa kebanyakan negara Islam kini masih dibelenggu wakil-wakil penjajah dari rakyat negara Islam itu sendiri, yang telah direncanakan sejak penjajahan British lagi. Jadi, Awas akan bahaya Sekularism yang melanda negara anda!

No comments:

Post a Comment