Monday, March 22, 2010

Final IMTIHAN..

Inilah masa yang tidak ku inginkan,
terasa cepat sangat masa berlalu,
apapun terpaksa ku tempuhi dengan,
spenuh tenaga dan fikiran,
otak perlu dikerah semaksima mungkin
Exam,exam,
terasa sudah lali aku bersama dikau,
Jadual Imtihanku :

20 Mac 2010 - Halaqah
24 Mac 2010 - Principal of Macroeconemics
25 Mac 2010 - Islamic worldview
28 Mac 2010 - Business Mathematics
02 April 2010 - Financial Accounting Fundemantal
08 April 2010 - Statistics


Harap aku dapat tempuhnya dengan penuh ketenangan...

Sunday, March 7, 2010

Masjidil Aqsa Bergolak, SEDARKAH KITA?

BAITULMAQDIS - Berpuluh-puluh orang cedera dalam pelbagai insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Israel dan penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat, kelmarin.

Ketegangan semakin memuncak berikutan tindakan biadab Israel menceroboh wilayah dan kawasan suci Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) cuba menghidupkan semula rundingan damai di Timur Tengah.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendakwa Israel sengaja merosakkan usaha damai dan mencetuskan risiko perang di Timur Tengah menerusi provokasi askar rejim di Masjid Al-Aqsa.

Baru-baru ini, seorang pegawai kanan Mahmoud mendakwa Pihak Berkuasa Palestin (PA) mungkin tidak akan menyokong usaha meneruskan rundingan damai dengan Israel.

Kenyataan itu diucapkan dua hari sebelum utusan AS ke Timur Tengah, George Mitchell mengunjungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk membincangkan krisis terbaru di wilayah bergolak itu.


Israel menyalahkan Hamas, yang menguasai Genting Gaza, sebagai punca kepada beberapa insiden keganasan, kelmarin.

Di Hebron, askar rejim melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin sekitar makam purba di Tebing Barat.

Dalam satu lagi insiden berasingan, enam sekeluarga penduduk Palestin maut dalam kemalangan jalan raya apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan trak tentera Israel di Tebing Barat, kelmarin.

-Disunting dari Sinar Harian-

DIMANAKAH KITA??

Dalam keadaan BaitulMaqdis yang parah,pernahkah kita terfikir apa sumbangan kita untuk mereka. Tatkala mereka disana memerlukan doa,sokongan dan pertolongan, kita disini masih selesa dengan kemewahan, hiburan dan maksiat yang tiada kesudahan. Tiada perasaankah kita terhadap saudara kita di sana?Atau mungkin kita tiada hubungan langsung dengan mereka?

HULURKAN WANG DAN DOA ANDA UNTUK MEREKA!

Ya Allah, Hulurkanlah PertolonganMu kepada saudara-saudara kami di Palestin yang sedang mempertahankan agama-Mu sepenuh kudrat mereka.
Kuatlah jiwa mereka bagi menghadapi PERJUANGAN ini, Ya Allah, Engkaulah yang Maha Memberi Pertolongan...