Wednesday, September 2, 2009

Spekulasi Wabak.

Sedang sy leka membelek2 surat khabar,tiba2 terjumpa satu berita berkaitan dengan ceramah ust yang pernah sekali je sy dengar ceramah beliau iaitu Ust. Jamnul Azhar. Hebat ust tu. Beliau seorang doktor dan beliau juga seorang ust. Bukan ust tu yang sy ingin kongsikan di sini tetapi berkaitan ceramah beliau di Sg. Petani berkaitan dengan H1N1. Tajuk yg sy tengok kat surat khabar tu lebih kurang ' Wabak H1N1 berpunca daripada perbuatan Manusia'. Satu tajuk yang best. Dan sy teruskn membaca isinya. Lepas dari sharing moment ni sy akn ceritakn experience sy berkaitn wabak ni.
Awas, H1N1 Zone!!!

Ok, antara isi ceramah beliau ialah beliau mengatakan bahawa wabak influenza ni boleh ditangani dengan mengambil kira pencegahan bersama rohani dan jasmani. Beliau berkata lagi, memang menghairankan individu islam yang tidak makan babi @ langsung tidak pernah lihat binatang haram disentuh itu,boleh terkena penyakit tersebut. Sy pn pelik juga.pelik2.Tambah beliau penularan wabak tersebut membenarkan hadis nabi mengenai penyebaran penyakit melalui angin.Hadis yang mana satu ni?

Walaubagaimanapun,dalam ceramah tersebut Dr. tersebut mendedahkn secara visual perlakuan mesra manusia bersama babi. Yang pernah keluar berita dulu. Dan yang terpenting ujar beliau, mengenai penggunaan babi dalam penbuatan geletin, industri pemakanan, suntikan perubatan, pembuatan pinggan mangkuk selain pembabitan orang Melayu Islam dalam pertenakan dan eksport haiwan tersebut. Juga dalam perternakan ayam, ikan, dan lembu, babi juga terlibat dalam memangkinkan tumbesaran dan penghasilan banyak susu..wa,byak sungguh.So, buat semua pembaca,hati2 dan tawakkal lah banyak2. Lebih kurng macam tu la isi ceramah beliau.
Da macam angkasawan da...

Seterusnya,nak kongsi sedikit penagalamn berkaitan wabak ni. Tak la banyak nak kongsi.Sy pernah terbaca yang selain dari H1n1, pada babi tu sendiri ada virus len cnthnya H1n2,H2N1 dan sebgainya. Ptut lah babi tu haram kita makan. Terserlah Hikmah. Semasa popularnya wabak tersebut, harapnku agar UIA tutup, tapi UIA ni biasanya lain dari U lain. Orang cuti dia tak cuti. Orang tak cuti dia cuti. Jadinya, mmg mimpi la UIA nak tutup, harapan students bagaikan 'menunggu bulan jatuh ke riba'.


Lastly, semasa konvo di UKM,dah bosan duduk di nilai, sy pn pergi ke pesta konvo tu.Lepas hadis tengok konsert In-Team, sy pun pergi ke Gerai ISIUKM. Tahu2 jumpa senior lama. Malam tu kebetulan ada project sikit.ISIUKM nak edarkan mask secara percuma. So.senior tu minta sy edarkan risalah berkaitan H1n1 dan mask sekali.Lama dah tak edar risalah. Kalau kat UIA biasa tampal risalah. Mmg perasaan akan rasa seronok bila tengok orang berebut2 nak dapatkn mask. Kita yang bagi pun rasa happy je walaupn rugi dari segi kewangan tapi insyaAllah,pahala berganda. KEsimpulannya, selalulah BERSEDEKAH..Dn terakhir, orang kata influenza H1N1 akan ada gelombang kedua????
wa, makin ramai org suka pakai mask.