Saturday, August 15, 2009

Dedikasi Buat Driku..

Sedikt perkongsian utk semua,lagu inilah yg biasa sy akn dengar bila sy terasa lemah dan tak bersemgat disebabkan masalah dan ujian yang melanda diri..
Lagu ini menyedarkan sy bahawa hidup bukanlah semudah yang disangka..
Mahu tidak mahu,semua dugaan dan cabaran wajib ditempuhi dalam menegakkn KALIMAH ALLAH...terimalah..

PERJUANGAN

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Moga2 kita dapat mengambil 'ibrah daripada kesungguhan yang ditunjukkan oleh sahabat2 dalam menentang kezaliman di negara ini..
.