Monday, February 16, 2009

PERAK!!! Apa Sudah JADI???

Bertemu kembali…

Sy berfikir pnjg pe yg nk ditulis dlm isu berkaitn dgn huru-hara@crisis yg berlaku pada kerajaan negeri PERAK shgga mnyebabkn wujudnya 2 Menteri Besar dalam masa yang sama..ada MB yang sah(Dato’ Seri IR Nizar Jamaluddin) dan ada MB yang haram(Datuk Zambry)..pape pn yang berlaku kedua2 boleh dianggap MB kerana kedua2 telah mengangkat sumpah dihadapan sultan..tapi mana mungkin dua MB boleh wujud dlm satu-satu masa..mengarut!!(pelik tapi benar)..

Siapa yang bersalah dalam hal ni??kenapa sultan nk sangat BN memrintah negeri Perak ??BN merasuah sultan ke??

Wahai sahabat2 PAS sekalian..kembalilah kepada ALLAH..mgkn masalah ini berlaku krn kelalaian kita dalm mengingati ALLAH semasa kita menang PRU12 dahulu shga kita terlalu angkuh untuk bersyukur kepadaNYA..@ bersyukurlah kita sekiranya ini adalah ujian dari ALLAH.. kerana kita hidup di dunia sememangnya untuk diuji..dan ujian2 yang berat hanyalah diberikan kpd mereka2 yang terpilih shj..

ALHAMDULILLAH!!!!!!!

Pujian seharusnya diberikn kepda YB Nizar dengan semangat kental dan keazaman, walaupn menceburkan diri dalam dunia politik xlama mana(jd MB baru 10 bulan..)beliau dengan dengan yakinnya menunjukkan kematangan dalam dunia politik shgga membolehkn beliau kini dihormati seluruh Malaysia dengan keputusan untuk mempertahankan jwtn MB..krn beliau sedar mandat rakyat hendak melihat Pakatan Rakyat(PR) memerintah bukannya BN yang gila kuasa memerintah negeri PERAK..YB Nizar kini dilihat berseorangn turun naik istana untuk membuktikan bahawa keputusan yang dibuat pihak istana adalah kurg tepat dan tidak mematuhi pelembagaan negeri PERAK(pe isu beliau dgn istana sbenarnya???bcelah sndiri surat khabar..)..

Kesian BN..rakyat sudah lama menyedari tipu helah kau..tanpa kau sedari rakyat dah muak dengan lakonan dan fitnah yang kau canangkan di stesen TV dan dada2 akhbar..terbaru,BN mewujudkn kontrovesi berkaitan isu ‘sembah derhaka’ yang dilafazkan YB Nizar ketika menghdap sultan..BN mencanang dan membuat cerita2 palsu mengatakan YB Nizar adalah seorang penderhaka..kesiannya BN..da terdesak kot..sasterawan2 negara mengesahkan bahawa perkataan ‘sembah derhaka’ memang wujud dalam bahasa istana yang bertujuan untuk melahirkan rasa tidak stuju dengan keputusan sultan..byk sejarah Melayu menunujukkan istilah ini digunakn sbg cnth Bendahara negeri Melaka dahulu, tetapi tdak dianggap derhaka oleh sultan..BN tak belajr Sejarah Kot…

Tahniah YB Nizar!!anda kini adalah icon terbaik rakyat PERAK..

Tarbiyyah PAS semmgnya mampu melahirkan tokoh2 yang disegani…inilah antra conthnya..TAKBIR!!!

Janakan kembali keizzahan Islam!!!…

(de org nk baca ke?pnjg2 cmni..)

<<< TAMAN MELAWAR >>>

Semalam bersamaan 15.02.09,sy menambah koleksi kenangan dengan menghadiri ceramah di Tmn. Melawar..Ceramah politik yg mmbincangkan isu PERAK yang panas skng ni..kalau xtau isu mmg bukan rakyat Malaysia..antara panelist yang memberikan ceramah ialah Mursyidal Am PAS sndiri, Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz B. Nik Mat..Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayob..dan Saudara Misbahul Munir (S/U politik MB Perak)..gabungan mantap pemuda,ulama’ dan org siasah membahaskan isu Perak dari segenap sudut..memang mantop..

Tapi sebelum itu,sy mendengar ucapan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA(GMI),Pn Laila kot nama beliau..nk kata sdih pn de juga,nak kata kagum pn ada juga..bayangkn membesarkan anak tanpa suami selama 7 thn sebab suami beliau ditgkp ISA pd tahun 2002..xpnah skli pn suami beliau dibacarakn..xde bukti lgsg suami beliau meggugat negara,men tgkp cam 2 je(terang2 zalim puak2 BN ni)..suami beliau ditambah tempoh meringkuk dalm ISA di kem Kemunting sebab beliau terlalu aktif membritahu kezaliman ISA kepda orang ramai..pe la BN nix de sifat perikemanusiaan lgsg…smg ALLAH memberi kekuatan kepda beliau dan sahbat2 beliau yg menerima nasib yang serupa..


Berdoalah sahabat2,,semoga ALLAH menghentikan kezaliman ISA..

Happy Birthday!!!

Assalamualaikum…

Di kesempatan sy ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI LAHIR kepada 2 orng abg sy yang lahir pada

bulan 2,sorg 8/2 sorg lagi 11/2..dekat2 je..semoga terus thabat dalm perjuangn untuk terus menegakkn kalimah

ALLAH di muka bumi..dgr kata ke2nya nak ‘bina masjid’,xtaula..(gossip je kot)..mnx maaf xdpt hadhir jamuan

HARI LAHIR..smg terus dipnjgkan umur,dimurahkan rezeki(jgn berhtg lagi),dipermudahkn segala urusan..xlupa

juga kepda sahabat naqib sy di DQ (hasnor) yg menymbut hari beliau 15/2 yang lalu..semoga rahmat ALLAH terus

bersama kalian..:-)

SAJA NAK CERITA....

SMAC(sport dan martial art carnival) cfs iium da lme melbuhkn tirai..byk pengjrn dan penglaman yang student dapat drpd tournament ni..ada sahabat sy 2,byk masalah yang die dapat dr bnd ni(committee la katakan)..dilema,fitnah dan sbginya..kesian die..mse final bola sepak ari 2 pergaduhan berlaku antara budak nilai dan budak pj(bese la 2 klau tgh kalah mst r tension main)..seblm 2, sy de kat padang tgk final bola dgn perasaan sedih(kalah tmpt ke3/4.. dapat la no 4,ntah plik smcm sy men mlam 2)..tb2 de kawan ajak makn,sy pn ikut r..krenye sy xdapat tgk pergaduhan 2..yg menang bola malam 2 kos ENGIN (bekas kos lme sy)..tension gler,xpe tahun dpn de lg..tapi yang beznye baru tadi sy dapat medal acara badminton (silver) wkil ECONS..xsngka boleh dpt sbb ari 2 sy men sekali gntikan kawan sy satu match..kebetulan menang plak,mmg dihargai sgguh..sbb sy berjaya mmbawa ECONS ke pergkat semi-FINAL..seronok jgk jg bdk sukan..huhu..alhamdulillah..

Wednesday, February 4, 2009

SMAC???

Buat pengetahuan semua, insyaALLAH pada jumaat malam minggu ni..saya akan bermain bola dalam tournament SMAC(pe ntah Smac 2)..so,spe2 yang nk bg sokongan kpd sy bolehla turun di padang bola UIA PJ(pkul bpe pn xpasti)..match yng ckup pntg krn stelah brhempas pulas dalam pringkat kump kini team sy memecah rekod trsndiri apabila layak ke SEMI-FINAL..(bukan sng tau).. sy wkil society BEN..walupn sy adlah bdk ECoNS(pengkianat ke?)..pape jela janji dapat maen bola..k jmp di PJ.

-Good Luck AKIF!!!-

CINTAILAH ILLAHI...

(Kisah seorng y soleh)..

Samnun telah mengahwini seorang perempuan di akhir umurnya dan perempuan itu melahirkan seorg anak perempuan. Ketika anak itu berumur 3 tahun, dia sangat menyayangi anaknya. Dia bermimpi dalam tidurnya seakan-akan KIAMAT telah tiba. Bendera2 semua Nabi dan Wali telah dipasang dan dibelakang mereka terdapat sebuah bendera yang tinggi dan cahayanya memenuhi angkasa. Dia bertanya mengenai bendera itu dan dijawab bahawa bendera itu adalah bendera orang2 yang cinta kepada Allah yang murni. Samnun melihat bahawa dirinya berada di antara mereka. Tetapi datanglah Malaikat dan mengeluarkannya dari rombongan itu.

Samnun berkata: “Aku adalah orang yang cinta kepada Allah, sedang ini adalah bendera orang2 yang cinta kepada Allah. Lalu mengapa engkau mengeluarkan aku?”

Malaikat itu menjawab: “Ya,engkau memang termasuk orang2 yang cinta kepada Allah. Tetapi setelah kecintaanmu kepada anakmu tertanam di hatimu maka kami menghapus namamu dari senarai orang2 yang cinta kepada Allah.

Maka MENANGISLAH Samnun dan berdoa dalam tidurnya dengan katanya: “Ya Tuhanku, jika anak itu merupakan penghalang bagiku dari Mu, hindarkanlah dia daripadaku, agar aku dapat dkat denganMu berkat belas kasihMu dan kemurahanMu.”

Seketika itu dia mendengar suara berteriak: “Aduh celaka.”Terbangunlah dia dan bertanya “Ada apa dengan teriakan itu?”

Beberapa orang berkata “Anak perempuanmu terjatuh dari bumbung rumahmu dan terus meninggal dunia,”

Mendengar itu Samnun berkata: “ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah yang telah mnyingkirkan penghalang dari diriku.”

-Tanamkan kecintaan kepada Allah dari segala-segalanya, nescaya di sana engkau akan merasa kemanisan Iman-.wallhua’alam

~TAQARUB ILALLAH~

Tuesday, February 3, 2009

HAMAS SEMAKIN KUKUH DI PALESTIN

Mengupas isu yang terhangat di seluruh pelusok dunia,Hamas yang menjadi gerakan Islam terkuat di PALESTIN kini gah dengan kejayaan menghalau tentera kejam Zionis Israel yang kononnya bersifat baik mengadakan genjatan senjata,sedangkn kekalahan menimpa mereka tidak diduga kerana berbekalkan senjata2 tercanggih disponsor oleh Amerika Syarikat tidak dapat menewaskan tentara Hamas yang berbekalkn senjata buatan sendiri..Kesiannya Israel!!!Semakin ramai membenci KAU!!Cubaan KAu melenyapkan HAMAS hanya sia2 belaka!!bilala KAU akn mndapat Hidayah ALLAH!!

“ Setelah serangan 22 hari tanpa henti, senjata canggih Israel gagal memksa HAMAS dan kumpulan pertahanan lain di Gaza untuk menyerah “.-WALID SOKARIA, Pennganalisis Ketenteraan Lubnan.-

Israel y hanya berani mmbunuh org awam palestin menyebabkn lebih 1300 org trbunuh,hanya merugikan mereka krn dengan kematian mereka2 yg syahid ni melhirkan 100 pjuang Islam di seluruh dnia dengan hanya gugurnya 1 org di bumi PALESTIN..Kini mereka berdepan dengn penduduk dunia yg mengignkan mereka yang terlibat dengan pencerobohan di PALESTIN dihadapkan ke mahkamah pengadilan antarabangsa kerana jenayah perang ini..Ayuh PBB buktikn keadilan kau!!Saddam Hussain kau gantung shgga mati kenapa tidak Ehud Olmert dan skutu2nya yang mencabol keharmonian penduduk Palestin??xkn kau hanya mnjadi Boneka Amerika Syarikat??

-Berbahagialah mereka yang syahid,mereka langsung tidak prnah mati disisi Allah -

Bila lagi kita akan masuk dalm golongan mereka ini??Alngkah seronoknye tggl di Palestin,dikurniakn syahid dengan mudah…

HAMAS kini melebarkan hubungan diplomatic dengan Iran ,bila mana Khleed Meshaal ketua delegasi Hamas membuat perjumpaan dengan Presiden AhmadiNejad menggmbarkan bahawa umat Islam seluruh dunia tidak pernah berdiam diri dengan kekejaman yahudi di palestin bahkn mereka sentiasa memberikan dana2 dan sokongan moral kepada Hamas yg semakin kukuh..Malaysia pun pe kurngnye,apabila Presiden PAS(Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang) sendiri berangkat ke Gaza bagi meluangkan masa bersama2 pemimpin Hamas memberi semgt kpd sahabat seprjuangan di Gaza..

Pengorbanan As-Syahid syiekh Ahmad Yassin dan As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah sia2 krn Palestin kini diperintah gerkan Islam yang mengmalkan Islam secara syumul..Sentiasalah berdoa smg keizzah Islam kekal di serata dunia..

“ Ya Allah, kurniakanlah kesabaran kepada kami, tetapkanlah kedudukan kami, dan tolonglah kami dalam memerangi golongan2 kuffar”..wallahua’alam